Pepatah mengatakan, buat baik dibalas baik.
Ada ramai orang kata saya ni baik. Bukan nak memuji diri sendiri, tp memang sifat semulajadi dalam diri saya ni baik dengan semua orang. Tapi paling saya segan bila mana ada orang kata saya ni baik sangattt. Tuhan kan suka umatnyer berbuat baik sesama insan. Jadi saya rasa perlakuan saya berbuat baik sesama manusia adalah sangat biasa and nothing to be proud of. Sebab saya rasa ramai lagi lebih baik dari diri saya sendiri.
So the person yang mention saya baik sangat telah entertain saya dengan baik sekali.Setiap kali perjumpaan ada sahaja kebaikan die pada saya, contohnyer belanja makan, hantar saya ke kereta dengan selamat etc.
Tiba-tiba saya rasa nak menangis sebab terharu sangat. Sudahlah gentleman, suka sangat tak sampai hati dengan saya ni. Beliau tersangatlah baik membuatkan saya tak boleh nak marah atau terasa hati dengan dia. Benda remeh-temeh pun macam tak tepati masa lah, tak call saya lah, tak reply message ke. Bila dengar suara terus cool je rasa hati ni. Haha.
Ok back to topic. So sebab tu saya berani kata ada orang lebih baik dari saya. Melihat kebaikan die membuatkan saya kagum dengan keperibadian beliau. Tapi at the same time, saya risau adakah kebaikan itu apply dekat semua orang? Memanglah bagus berbuat baik dengan semua orang tapi apa pulak keistimewaan saya di mata dia? (Ewahhh) Kadang-kadang sedih pulak bila fikir die pun baik dengan orang lain especially perempuan sama macam saya. Adakah saya seorang yang mengagumi kebaikan dia padahal die memang macam tu dengan semua org? Ke saya yang selfish dan tamak dalam hal ini?
Kesimpulannya, buat baik pun salah, tak buat balik pun salah. Mesti beliau akan pening dengan saya ni. Haha.
No comments:
Post a Comment