Tuesday, September 14, 2010

Salahkah Sahabat itu Adalah Lelaki?

Sudah lama aku ingin mengemukakan isu ini tetapi malangnya tiada panel yang bertauliah untuk diforum perdanakan dengan lebih terperinci.hehehe…apapun, kurang pasti sama ada isu ini sensitive atau tidak terpulang pada individu..


Bermulanya isu ini pabila seorang gadis berkawan baik dgn seorg jejaka. Maka faham-faham sajelah seperti termaktub dalam mazhab yang tidak bernama bahawasanya seorang gadis tidak boleh berkawan baik ataupun berkawan rapat dengan seorang lelaki? Sebab? Mereka ini akan diklasifikasikan sebagai sepasang KEKASIH? Oh tidakkkkkkkkkkk… maka ini saya akan mengemukakan hujah-hujah saya berdasarkan pengalaman sendiri.


CASE 1 :

Sewaktu aku di sekolah rendah, aku berkawan baik dgn seorg lelaki, cukuplah dikenali sebagai Mr. A. Beliau seorg yang sangat happy go lucky, peramah dan penuh semangat setiakawan. Beliaulah teman belajar aku dan juga pak lawak di dalam kelas. Sungguh aku sangat selesa berkawan dengan beliau sungguhpun beliau lebih pendek dari aku ( aku mmg besar gedabak xhengat la..hehehe). Aku suka berkawan dgn beliau kerana beliau tidak sesekalipun mengejek akan tubuh badanku yg gem** ketika itu berbanding lelaki lain. Aku ingat lagi peristiwa yang membuatkan kami rapat pabila aku membawa baki kek harijadiku ke sekolah berserta air tin cherry coke. Beliau yang ternampak ketika itu dengan tidak malunya meminta dengan penuh semangat, maka aku xsampai hati menyerahkan semuanya. Beliau sangat2 lah terharu ketika itu sbb aku bagi dia sorang je. Wah, xsangka ada org jeles terus mengejek dan mengusik kami sebagai sepasang kekasih *YA ALLAH baru darjah 6, UPSR nk dekat plak tu* mulanya kami sgt2 la malu dan segan tetapi aku terharu die akan backing aku apa2 pun, contohnya bila member yg mengejek kami menulis di papan hitam *nama aku love mr,A* die akan pukul2 mamat tu dan padamkan balik tulisan tu. Rupanya bukan setakat itu sahaja, merebak satu sekolah. Memandangkan beliau seorang pengawas sekolah, tidak heranlah berita *or gossip* itu tersebar. Aku plak minah skema masa itu *kata nak dekat UPSR* memang xamik pusing langsung walaupun masa beratur perhimpunan sekolah aku acapkali diejek dan diusik oleh member2 lain.


Adalah satu hari ni, masa nak dekat habis waktu rehat, tiba2 dtg minah rambut meggi tiba2 dtg menerpa aku dengan bagi amaran *tolong jangan dekat dengan mr.A* . Usshh, aku masa tu dahlah tgh rushing nak masuk perhimpunan, tetiba ntah sape2 la *aku rasa junior aku sbb aku kenal batch aku, Cuma batch ke bawah aku xkenal walaupun adik aku yg muda setahun dari aku pun sekolah yang sama, aku Cuma kenal adik aku ngan geng die je..heeee* mmg sentap aku. Waaaaa…xsangka aku ini ancaman bagi gadis2 di luar sana…kahkahkah..mmg lawak bila dipikirkan..sapelah aku ni kan. Balik kelas je aku cerita benda ni kat Mr. A. Boleh plak die slumber jawab *minah tu mmg gila kt aku, tapi aku xlayan.* aku pun xhingat die ada minta maaf kt aku atau dia pi serang minah tu tapi yang aku hingat selidik punya selidik rupanya satu kelas ngan adik aku. Nasib die xserang adik aku..hahahahaha~ die xtau kitaorg adek-badek kot tapi adik aku kata die mmg gedik tahap dewa. Ahaks! So bagi aku case gone la sbb masa UPSR aku mmg ignore menda2 remeh camni…hehehe…abis sekolah, kitaorg xjumpa dah.. *psstt..tapi die dh jadi member fb aku..hehehehe*



CASE II

Aku jumpa plak Mr. S di internet. Mulanya kami mmg sepasang kekasih tetapi tidak serasi maka kami amik keputusan sebagai kawan baik je akhirnya. Die yang minta putus jadi bagi pihak aku tipulah nak kata sayang aku pd die masih berbaki. Tapi aku redha sajelah sbb die pun non-muslim, aku xnampak a good ending kalau aku masih bersama dia tapi aku meletakkan syarat *jikalau beliau bertemu pengganti, maka secara automatiknya kami akan putus kawan* mulanya die tidak setuju tetapi terpaksa akur setelah aku mengemukakn hujah2 bahawasanya mana mungkin pasangan akan menerima kekasihnya masih berkawan baik dengan ex nya, maka akan terbit perasaan cemburu di lubuk hati*


Kami meneruskan persahabatan macam biasa. Tetapi tibalah satu tahap kami rapat seakan kekasih mungkin disebabkan sejarah kami di mana kami mengenali hati budi masing-masing, kami sangat care each other. Tibalah satu saat aku seakan nekad untuk membincangkan kembali perhubungan yang semakin menghampiri batas sebuah persahabatan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan serangan yahoo messenger (YM) dari kekasih beliau yang menyoal aku bertubi-tubi hinggakan mengugut untuk memutuskan perhubungan mereka. Memang kurasakan dunia gelap-gelita, tergamak kawan baik sendiri menipu akan status dirinya yang sudah berpunya sedari dulu, betul2 masa kami berpisah beliau sudahpun bertemu pengganti. Lantas dengan terburu-burunya aku terus menyerang beliau, tetapi beliau masih dengan egonya utk tidak mengaku sambil bersumpah segala. Aku semasa itu berada di semester akhir seakan goyah untuk berdepan dengan FINAL tetapi kuteruskan jua dengan penuh perasaan curiga. Habis saja FINAL, beliau terus mengaku akan kebenarannya. Ternyata beliau mengungkit prinsip aku yang tidak munasabah yang seakan menjerat dirinya yang tidak mahu kehilangan seorang sahabat seperti aku dalam hidupnya. Biarpun aku terharu tetapi kepercayaan aku pada die mmg musnah sekelip mata. Sambil itu, aku seakan menyedari aku memang merupakan ancaman yang terbesar bagi kekasihnya disebabkan beliau mengutamakan aku dalam beberapa perkara…*bukan setiap yaaaaa* Oleh kerana terjadi salah-faham termasukla campur tangan family *ya, family juga tidak dpt menerima persahabatan kami memandangkan beliau sudahpun mempunyai kekasih, maka family syakwangka beliau ingin mempermainkan perasaan aku* selepas itu maka kami memutuskan persahabatan terus..ZERO percent ya!


CASE III

Masih berulang. Sekarang. Sukar untuk diterjemahkan akan situasinya bimbang akan melukakan hati sapa-sapa.

Akan tetapi, isu ini berbangkit setelah aku ditegur oleh semua adik-badek aku akan keakraban kami. Hinggalah timbul isu mengapa kami keluar berdua, tidak tergugatkah perasaan kekasihnya yang seakan merelakan perhubungan kami? Demi Allah, sedaya upaya aku menyakinkan mereka tetapi mereka tidak percaya atas satu alasan – sebab aku single. Hanya kerana aku single seakan satu dosa untuk rapat dengan seorang lelaki lebih2 lelaki itu sudah berpunya. APAKAH? Hukum alam memang begitu kan. Seperti tidak adil pada setiap insan, tetapi pasti ada hikmahnya kan. Terpulanglah.. aku masih lagi berfikir dan terus berfikir ditambah doa akan diberi petunjuk akan kekalutan ini. Aku juga sedar aku bukan sapa-sapa bagi sesiapa pun. Apalah ada pada diri ini kerna seringkali dicemburui sebegini rupa dan disalah tafsir sebagai ancaman padahal aku xpunya apa2 pun pada diri ini.

Tetapi aku tidak menyalahkan sapa-sapa. Semua orang sayang pada aku dan mengharapkan yang terbaik buat aku. Aku redha dan tawakal ketika ini. Hanya waktu yang akan menentukan. Insya ALLAH…

No comments: