Wednesday, September 15, 2010

Insan bernama ayah

Sedari kecil, aku teringin mahu menjadi seperti ayahku. Berjaya setelah gigih berusaha dari bawah. Mempunyai gaji yang cukup menyara keluarga dan cukup rajin mencari imu pengetahuan. Beliau acapkali mengemukakan soalan yang menguji mindaku hingga tak terjangkau dek pemikirana singkatku. Aku berusaha serajin mungkin untuk membuatkan beliau bangga denganku hinggakan satu senyuman kebanggaan terukir di bibir beliau seakan meniup semangatku untuk berusaha lebih gigih lagi di masa hadapan.


Ayahku seorang yang sangat baik, lemah-lembut dan sopan tutur katanya. Rajin bersembang apa jua topic pun dan dihormati semua orang akan kewarakannya yang sederhana serba-serbi. Sesiapa yang mengenalinya lebih rapat tahu akan kebolehannya membuatkan orang ketawa hingga xkering gusi. Dalam mendidik anak, walaupun beliau tidak garang, tetapi sebutir teguran sudah cukup menusuk jiwa kalbu. Biarpun beliau jarang bersuara akan tetapi beliau seorang yang sangat memerhati. Oleh kerana jarang menegur, aku anggap teguran beliau biarpun sekali seakan sesuatu yang sangat SERIUS. Oleh itu, paham-paham saje la.


Oleh kerana imej beliau yang sangat bersih, acapkali aku sebagai anaknya seakan mengalas tanggungjwab yang amat berat untuk menjaga maruahnya seperti tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya. Sangat2 berat kurasakan memandangkan aku manusia biasa seringkali melakukan kesilapan. Namun, beliau sentiasa memberi kata2 nasihat untuk pedoman di kemudian hari. Apply x apply je persoalannya.


Sebagai anak perempuan, sukarkah hendak bertemu jodoh seperti jelmaan ayah sendiri? Perlakuan dan peribadi seperti ayah sendiri? Kestabilan seperti ayah sendiri? Hanya Allah yang menentukan. InsyaAllah.

No comments: