*sharing is caring*
Berikut adalah petikan soal-jawab mengenai hukum pelaburan emas di bank di Malaysia, dipetik daripada laman web Ustaz Zaharuddin, www.zaharuddin.net.
Soalan 1  
  
Assalamualaikum UZAR, Saya  nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut :-  
  
Bagaimana pula pelaburan  emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank ?. Bagaimana cara  selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut  ?. Sila masuk ke maybank2u.com.  
Terima kasih.  
  
Akaun Pelaburan Emas di  Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan  emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada  yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka  dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam  ?.  
  
  
  
Soalan 2  
  
Saya telah membuat panggilan  telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara  urusniaga pelaburan akuan emas ini.
  
  Dari maklumbalas yang diberikan ialah :-
  
  Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas  fizikal. 
  
  Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual. 
  
  Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas  yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas  secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
  
  Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
  
  Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas  pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.  
  
  
  
JAWAPAN  
  
Tidak dinafikan, tatkala  nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli  emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat.  Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding  matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan  emas yang sentiasa ada.  
Bagi mengulas isu yang ditanyakan,  setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit,  saya berpendapat seperti berikut :-  
Apabila seseorang pelanggan  ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli  emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.  
Oleh kerana itu, hukum bagi  sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa  keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan  berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-  
  
• HARAM DAN BATAL : Jika  emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada  pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan  akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual  emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila  tiadanya elemen 'Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa),  sebarang penangguhan membawa kepadaRiba an-Nasiah.  
Kesimpulan ; pastikan  emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.  
  
• HARAM DAN BATAL : Iaitu  jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan  emas itu.  
 Sebagai contohnya,  pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram  dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti  pembelian telah termeterai dengan rasminya atau'concluded'. SERTA  tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima  'hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah  dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).  
  
• HALAL DAN SAH :  
Setelah anda membaca dua  bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk  akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-  
a.    Bank memiliki  emas yang dijual semasa menjual.  
b.    Bank memberikan  bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas  atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana  sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada  bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah  kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan  sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna  adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak  fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa  dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)   
  
  
  
DALAM KES AKAUN PELABURAN  EMAS DI BANK ?  
Setelah melihat serba ringkas  info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka.  Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA  lagi syarat tambahan lagi, iaitu :  
  
1-      JANGAN  DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada  simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti  ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah  diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis  Syariah bank berkenaan.  
Apabila kita menyimpan emas  fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya  mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah?  atau Qard dan sebagainya.  
  
2-      JUMLAH  EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas  mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.  
Maksud saya, sebagai contoh  : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu),  100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.  
Pelanggan Ahmad membeli  100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam  2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan,  padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi  orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.  
  
  
3-      CARA  PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula  WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit  dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.  
Sebarang pembayaran menggunakan  cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari  untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.  
Mengapa 3 hari?  ia  adalah tempoh maksimum menurut 'uruf bagi memastikan syarat 'Taqabud  fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab  Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr  Abd Sattar Abu Ghuddah.  
  
4-   PEMEGANG AKAUN  PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh  setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau  melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.  
Namun akaun pelaburan Public  Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti  pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa  yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak  bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar  kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari  sudut hukum Islam.  
Jika sijil tersebut tidak  boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada  proses 'Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item  ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit  Malaysia.  
  
KESIMPULAN  
Bagi sesiapa yang ingin  membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang  telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang  emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public  bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk  menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank  terbabit, terutamanya berada di perantauan.  
Jika anda sudah punyai jawapan  kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat  anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat  untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.  
  
  
Sekian  
  
  
Zaharuddin Abd Rahman  
http://www.zaharuddin.net/  
22 Oktober 2008  
23 Syawal 1429 H  
Wales, UK   
(PP) Disclaimer:
This message is intended only for the use of the person to whom it is expressly addressed and may contain information that is confidential and legally privileged. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any use, reliance on, reference to, review, disclosure or copying of the message and the information it contains for any purpose is prohibited. If you have received this message in error, please notify the sender by reply e-mail of the misdelivery and delete all its contents.
Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of Malayan Banking Berhad shall be understood as neither given nor endorsed by it.


 
No comments:
Post a Comment