Dah 3 hari kita melangkah ke tahun 2011.. Hope kita semua berdepan dgn permulaan yang baik ya! Kalau saya, tema nya cuma makan, makan dan makan. Haih~
1/1/2011 - Sat
As I mentioned in previous post, saya memenuhi jemputan majlis pertunangan jiran saya masa kt hostel uitm segamat. Happy bila tgk sahabat saya ni akhirnya menemui kebahagian yang dicari.. dengarnya sebelum ni maknya berharap sungguh anak die cepat bertemu jodoh setelah beberapa kali “kurang bernasib baik” dlm percintaan. Alhamdulilah… majlisnya berjalan lancar dan dapat juga bertemu dgn rakan-rakan UiTM lain yg rapat sejak satu wing kt hostel dulu.
Balik dari majlis tunang kawan, family ajak “late lunch” kt Restoran Thai kt Plaza Masalam ( saya ada mention dlm previous post, kan dah kata family feveret restaurant). Dalam pada kekenyangan tu, saya gagahkan diri jua la menjoinkan diri memandangkan semua ahli keluarga ada di sana, memandangkan kunci rumah juga ada pd mereka, memandangkan saya xde pegang kunci spare.. ok dah dah dgn memandangkan ni. Tapi mmg xleh resist dgn lauk-lauk yang super yummy, ratah lauk je la.. xde la makan nasi.
2/1/11 - Sun
Hari Ahad berikutnya, ada majlis perkahwinan adik member ms kt London dulu. Mulanya agak segan sbb saya pun xkenal rapat dengan adik beliau, tapi memandangkan saya selalu berkunjung ke rumah member ni, saya ada lah mengenali keluarga member ni. Jadinya ramai-ramai kawan beliau, saya juga yang terpilih sebagai jemputan majlis ni ( sebab private event, they intend to make it simple). Terima kasih! Menariknya majlis ni, door gift adalah mug berisi pelbagai jenis teh jenama Lipton e.g green tea, strawberry tea with cookies PLUS buku kecil doa dan selawat. Memang lain dari yang lain.
Abis je majlis kahwin, saya terus ke kelas ACCA P7 kt sunway. Mengantuknya xusah cakap la… kata kekenyangan. ( dah la pagi tu melantak nasi lemakkk! Aduhhhh!!!) Tapi memikirkan saya dah berikrar untuk bersungguh-sungguh untuk ACCA ni.. ku gagahi jua. Moral of story, bring the Nescafe in every class. Huhu!!
3/1/11 – Mon
Kawan baik ACCA saya ajak datang rumah buat makan-makan utk kawan-kawan. Tak sampai hati pulak xpergi memandangkan beliau selalu call saya nak ajak lepak makan tapi selalu saya tak ada kelapangan. Makanya, after kerja ni.. makan lagi jawabnyaaaaaaaa…..
p/s : camne resolution new year yang no.1 tu? Takkan hangat-hangat tahi
1 comment:
i like ur fist aza.. sbb day first jer menunjukkan ko dah kotakan azam ko .. hheee
Post a Comment