Wednesday, August 18, 2010

:: Surat untuk saudari ::

*nota : ini sekadar nukilan biasa. Tiada kena mengena sama ada yang hidup atau yang mati*

Dear saudari,

Selama beberapa hari ini, lebih-lebih lagi sewaktu berbuka puasa, saya dan kawan kerap bercerita perihal saudari. Tapi hati kecil saya masih tidak berpuas ati sbb saudari kenal dan cam saya tapi saya xkenal pun sapa saudari, hanya melalui nama itupun dari kawan saudari. Dahlah kawan tu ajak saya bergosip bulan posa ni *isshh… dah buat dosa di bulan puasa ni* perihal saudari tapi saya hanya mendengar sajelaa… sbb saya mmg xkenal saudari pun. Saya cam muka saudari pun dari picture dlm hp kawan saudari bersama lelaki itu. Yg lainnya ada gak saya godek fb kawan saudari itu utk melihat fb saudari tapi hampa. *diprivatekan pulak..issshhhh*

Terdahulu saya memohon beribu/bjuta maaf kerana menghasilkan nukilan biasa ini. Ini kerana saya seakan berfikir dan asyik berdiam saja tatkala kawan saudari menceritakan perihal saudari dan lelaki itu. Maka keinginan untuk menulis begitu meluap-luap di dalam sanubari saya ini. Maka ter’create la post ini khas untuk saudari. * walaupun saudari mcm xtau kewujudan blog saya yg xde pengujung ini..ahaks!*

Saudari,

Sedarkah saudari kawan saudari bercerita perihal saudari kerana beliau sgt risau akan saudari. * walaupun di samping itu mengambil peluang untuk mengutuk akan perangai si lelaki itu*. Lelaki itu banyak kali mempermainkan perasaan saudari dengan berpoya-poya dgn perempuan lain tetapi saudari masih setia dengan lelaki itu. Saya faham saudari kerna saya sudahpun melalui akan pengalaman dan penderitaan itu tapi dek kerana sayang kita ignore kan..kan..kan. hurmmm… xbaik begitu saudari. Xbaik utk kesihatan juaa.. lihatla kawan saudari risau dan marah akan kesabaran yg xpatut saudari tanamkan dlm diri saudari hinggakan beliau akan mereportkan segala kecurangan lelaki itu pd saudari pabila berita hinggap ke telinga beliau. Bagi saya beliau merupakan seorang sahabat yang baik buat saudari * walaupun kedengaran agak menyibuk* memandangkan saudari juga seorang insan yang baik maka kawan-kawan sekeliling amat mengambil berat akan keadaan saudari.

Berahsia mengenai status perhubungan? Perkara itu sudah biasa bagi saya sewaktu bersama dgn lelaki itu dahulu. Perkara itu paling ditegah dan boleh mbawa kepada pentengkaran tapi saya xkisah sbb saya tahu saya bahagia kononnya. Bagi saya asalkan kasih sayang xpernah kurang, berahsia mengenai status pun saya xkisah. Tapi tahukah saudari kawan saudari terasa akan perbuatan saudari merahsiakan benda ini dr pengetahuan beliau padahal die menganggap saudari sebagai teman baik beliau. * tergamak ko merahsiakan menda ni dari aku* mungkin ini bisik hatinya. Tetapi disebabkan kemalangan yg dialami oleh lelaki itu menyebabkan perhubungan kalian menjadi buah mulut org seantero dunia. * saje je nak exaggerate* ini kerana semasa lelaki itu terlantar di hospital dan koma, kekasih kedua beliau datang menjenguk lelaki itu di wad. Saya faham mesti hati saudari hancur luluh dan bersedih serta meraung sekuatnya tetapi saudari tetap sabar. Malah kawan saudari bagitau saudari masih menjaga lelaki itu dari dia koma sampailah sihat walafiat dengan penuh kasih-sayang. * part ni kawan saudari xpuas hati, dahla curang pasti sabar lagi jaga lelaki itu di hospital? Apa kejadahnyaaaaa?* saya sendiri kagum akan ketabahan saudari tapi tahukan saudari ini merupakan titik kelemahan saudari yang lelaki itu akan amik kesempatan di masa akan datang? Adakah saudari masih termakan dengan janji manis dan pujuk rayu lelaki itu mengharapkan saudari stay dgn dia * saya pasti lelaki itu akan menggunakan alasan kesihatan dan xde awek pun nk dekat, xde orang akan sayang dan akan suruh saudari tinggalkan dia konon2 hingga terbit rasa simpati dlm hati saudari. Maka saudari mengambil keputusan untuk stay lagi dgn die dengan alas an masih sayang kan..kann..kannn?*

Saudari,

Pasti saudari tertanya-tanya macam mana saya seakan tahu akan drama-drama di atas. Hurmm… ini kerana lelaki itu juga mengambil kesempatan akan kebaikan saya semasa lelaki itu dilanda depression. Itu pun sbb apa depression? Sebab kena tinggal awek je pun. Mula-mula memangla saya stay dengan dia atas dasar kawan, kesian mengenangkan die kesedihan dan menangis tiap malam, xboleh tidur dan memerlukan kawan untuk berborak jadi saya pun teman dia. Tapi, tatkala lelaki itu mengeluarkan kata-kata " I dah xde sape yg sayang I pasni. Tinggal u je yg willing nak stay ngan i. I akan cuba terima you and sayang you " meski saudari tertanya-tanya mengapa die mengeluarkan ayat “cuba”. Tahukah saudari yang lelaki itu mencari perempuan yg perfect 100% dan jika saudari bukan pilihan, dia kan menggunakan perkataan “cuba” dengan alasan die masih mencari yang terbaik. Sebab itula die suka curang dan berpoya-poya sebab die xpernah puas apa yg ada dan xpandai menghargai org yang syg die depan mata. Jadi selalunya kalau jadi “awek xrasmi” saudari terpaksa redha je kalu die curang sbb kata pun die masih nak “cuba sayang” diri saudari tapi jikalau die tidak menghargai perngorbanan saudari menjaga lelaki itu di hospital sewaktu die koma, saya xboleh kata apa. Ini berkaitan dengan diri saudari. Saudari fikirlah apa yang terbaik buat saudari. * Tahukah saudari alasan ini digunakan lelaki itu utk curang?*

Saudari,

Ingin saya menyentuh soal agama tapi memandangkan saya pun tidak arif dan pakar bab2 agama, saya akan buat kajian dulu seblum saya berbicara tentangnya. Buat masa sekarang, basic thing dulu, tolonglah saudari menjauhkan diri saudari dari lelaki itu. Ingatlah Allah dan keluarga saudari. Janganlah saudari terpesong jauh dari agama dan landasan yang betul dek kerana cinta mati akan lelaki itu. Sedarlah lelaki itu bukan Islam pun dan pendiriannya senang berubah. Biarpun die berjanji bermillion kali nak convert Islam, tapi masih tidak lagi sampai sekarang kalau dikira dari sejak saya bersama dengan beliau. Saya berani mengatakan ini sebab dah lebih 9 tahun saya mengenalinya *walaupun saya kapel 4 tahun dan on off on off pastu* percayalah saya memang pernah terkena dengan beliau dan saya juga mangsa pujuk rayu dan kata-kata manisnya. Kadang-kadang saya berfikir, lelaki itu mungkin mempunyai masalah mental memandangkan beliau pernah mengalami depression yang sgt teruk dahulu. Jadi kalau die buat perangai dengan saudari pun saya tidak terkejut. Sanggupkan saudari sehidup semati dengan orang sakit mental ni? Sanggupkah saudari memperjudikan agama saudari untuk bersama beliau? *mengucap saudari..mengucaplaa..Ingat Allah*
Saya bersyukur masih hidup di atas bumi ini dengan sokongan keluarga dan kawan tersayang, dan tentunya Allah yg Esa. Allah tuhan yang maha mendengar akan penderitaan saya sehinggakan saya pernah merayu dan menangis di depan Kaabah sewaktu mengerjakan umrah supaya saya dapat terus melupakan dia. Alhamdulilah..perasaan saya pada dia sekarang zero malah tiada sebesar zarah pun. Alhamdulilah Allah masih sayangkan saya dan saya tidak tersasar jauh dari landasan-Nya. Syukur Alhamdulilah diberi peluang untuk bertaubat dan terus taat kepada-Nya.

Saudari,

Maafkan saya jika saya menguris perasaan saudari. Saya juga xtahu apa yg lelaki itu ceritakan pada saudari sehinggakan saudari sedar akan kehadiran saya di majlis buke pose hinggakan saya merasakan tidak selesa walaupun saya xtahu pun sape yg memandang saya. tapi jikalau saudari merasakan kehadiran saya ini seakan mengugat kedudukan saudari di hati lelaki itu, maka lupakan sajala. Saya tahu mesti saudari rasa tergugat dengan saya sbb saya paling lama dengan dia tapi bukan bermakna saya antara yg paling disayang oleh lelaki itu ya! Antara saya dan dia tidak ada apa-apa, kawan biasa jauh sekali.

Semoga saudari mempertimbangkan nukilan biasa saya ini. Lagipun saya sedar saya bukan sapa-sapa bagi saudari. terpulangla pada saudari.

dengan ini, yang buruk datangnya dari saya dan yang baik datangnya dari Allah s.w.t.

Sekian

No comments: